Wednesday, 2 December 2020

Sistem alimentari - Pengenalan topik.

 Sepintas lalu anatomi dan fisiologi sistem alimantari.


Ajaib sungguh sistem ini. Ia terdiri daripada satu tiub panjang yang bermula dari mulut sehingga ke anus. Mulut merupakan struktur pertama yang akan menerima makanan. Ia akan menjalankan fungsi pencernaan makanan secara mekanikal melalui kunyahan dan secara kimia melalui enzim amylase. 

Selepas itu makanan akan melalui esofagus untuk ke gaster atau lebih dikenali sebagai perut. Pergerakan makanan melalui esofagus sehinggalah ke anus adalah secara tolakan oleh otot licin (smooth muscle) yang dikenali sebagai gerakan peristalsis.



Pada bahagian persambungan esofagus ke perut terdapatnya satu injap yang dikenali sebagai cardiac sphincter. Nama lain bagi struktur ini adalah lower esophgeal sphincter. Fungsi struktur ini adalah untuk menghalang pengaliran semula makanan ke esofagus. 

Saiz gaster yang kosong adalah lebih kurang sebesar penumbuk kita. Tapi.. ia boleh mengembang sehingga 2 ke 4 liter apabila di isi dengan makanan dan minuman. Ajaib bukan? Sebahagian besar proses pencernaan makanan secara kimia berlaku gaster dengan bantuan pelbagai jenis enzim seperti enzim amylase, protease dan lipase. Selain itu kehadiran asid hidroklorik juga membantu dalam proses pencernaan selain berfungsi untuk pertahanan badan dengan memusnahkan bakteria, virus ataupun mikroorganisma lain. Oleh itu, hanya bakteria yang hidup di medium berasid yang boleh kekal di gaster seperti Helicobacter pylori.

Makanan yang telah dicernakan akan membentuk chyme dan meninggalkan gaster melalui pyloric sphincter ke usus kecil (small intestine). Usus kecil terdiri daripada tiga bahagian iaitu deudenum, jejunum dan ileum. Proses penyerapan zat makanan yang telah dicernakan berlaku di usus kecil, terutama  pada bahagian ileum. 



Pada bahagian usus kecil, terdapat berjuta-juta vili yang berfungsi untuk meluaskan permukaan usus bagi mempercepatkan proses penyerapan nutriet seperti glukosa, asid amino dan asid lemak. Selepas nutrient diserap, hasil pencernaan makanan yang tidak diperlukan akan dibuang melalui usus besar. Chyme yang pada mulanya cair di usus kecil telah menjadi sedikit pejal kerana kandungan air telah diserap di ileum. Ia akan menjadi lebih pejal dan keras jika disimpan lama di usus besar dan keadaan ini dikenali sebagai sembelit.




Feces atau najis akan terkumpul di rectum sementara menunggu masa yang sesui untuk dikeluarkan. Apabila feces memenuhi ruangan rectum, ia akan menyebabkan regangan pada otot dan seterusnya mencetuskan rasa untuk membuang air besar (defecation).


Proses-proses dalam pencernaan makanan yang diceritakan diatas dibantu juga oleh organ-organ aksesori iaitu pankrease, pundi hempedu dan hati. Setiap struktur ini memainkan peranan yang penting seperti pankrease yang merembeskan enzim seperti lipase, protease dan amylase. 


No comments:

Post a Comment

Tugasan bagi appendicitis

 Lakukan perbincangan mengikut kumpulan. Senario: Encik Musa, 25 tahun, Lelaki. Pesakit telah hadir ke jabatan kecemasan dengan aduan sakit ...