Semua sedia maklum KKM telah menyediakan kemudahan pepustakaan secara maya kepada semua kakitangan. Dengan hanya memasukkan user nama dan password yang telah di daftarkan, anda mendapat kemudahan untuk akses ke pelbagai jurnal dan buku rujukan yang telah dilanggang oleh KKM. Seronok! sebab semuanya hanya dihujung jari, dan paling penting percuma hehehe.
Apa pulak keistimewaan virtual librray ini kepada pelatih-pelatih ILKKM? Hah, mari saya terangkan. Sebagai cikgu misi, saya cadangkan dua provider untuk pelatih layari, iaitu access medcine dan clinical key for nursing.
Saya tunjukkan mengenai clinikal key for nursing (CKFN) ya.. sebab provider ni paling sesuai untuk pelatih kejururawatan.
Mula-mula sekali log in dulu kat virtual library KKM dan klik pada subscribe database. Jangan lupa salin dulu email dan password bagi provider CKFN sebab nanti kita kena log in lagi.
Bila dah masuk CKFN, klik pada log in dan masukkan email serta password ya..
Bila berjaya masuk, anda boleh mula melakukan carian mengikut topik yang dikehendaki... ni saya tunjuk contoh topik yang telah dicari... anda juga boleh print artikal atau simpan sebagai pdf untuk rujukan akan datang.
contoh artikal penuh..
paling seronok sebab dia siap tulis defini untuk topik yang kita cari.
Selain artikal, anda juga boleh cari video, gambar dan prosedur,... Apa yang penting, kena rajin luangkan masa untuk cari dan tengok.. kalau ada masa untuk tengok facebook, instagram, socmed.. mesti ada masa juga untuk tengok virtual library kan kan kan...
Semoga bermanfaat.